Sejarah Teh

teh-herbal-terbaik-untuk-pria1Teh adalah minuman berkafeina dan dihasilkan daripada daun atau pucuk pokok renek Camellia sinensis atau Camellia thea di dalam air panas dan sejuk, melalui cara rendaman atau campuran. Cara pemprosesan melibatkan pengoksidaan, pemanasan dan pengeringan. Selain itu, untuk memberi rasa yang berlainan dan peningkatan kualiti, teh dicampurkan dengan pelbagai jenis herba, rempah, bunga dan perasa buah.

Perkataan “teh” juga digunakan, secara lanjutan, untuk sebarang rendaman buah atau herba; sebagai contoh, “teh rosehip” atau “teh camomile”. Dalam kes ini di mana tidak terdapat daun teh Camellia sinensis, sesetengah orang cenderung memanggil mereka “tisane” atau “teh herba” untuk mengelakkan kekeliruan. Rencana ini adalah mengenai teh “biasa”, Camellia sinensis.

SEJARAH

Bangsa Cina telah minum teh selama 5000 tahun untuk kesihatan dan kenikmatan. Asal mula teh pada awalnya masih merupakan legenda. Salah satunya adalah cerita tentang Kaisar Shen Nung. Pada suatu hari, ketika Kaisar Shen Nung akan minum air mendidih, beberapa daun dari pohon yang menjuntai tertiup angin dan jatuh ke panci berisi air rebusan yang tak menyerupai air tersebut. Sang Kaisar ingin tahu dan memutuskan untuk mencicipi air rebusan yang tak menyerupai minuman tersebut. Kaisar pun merasakan air itu sedap dan menyihatkan tubuh.

Sementara legenda dari India menghubungkan penemuan teh dengan biarawan Bodhidharma. Setelah bertapa selama 7 tahun, beliau sangat letih. Dalam keadaan putus-asa beliau mengunyah beberapa daun yang tumbuh di sekitar tempatnya. Ternyata setelah dikunyah, dia merasa segar kembali.

Pada awal abad ke-9, di Jepang seorang biarawan yang baru pulang dari pengembaraannya, bernama Dengyo Daishi membawa benih tanaman teh dari Cina. Sejak itu teh dikenali di Jepang.

Pada abad ke-17, pedagang dari bangsa Belanda dan Portugis pertama kali memperkenalkan teh ke Eropah. Bangsa Rusia merupakan penggemar awal teh di Eropah. Teh yang mereka bawa melalui jalan darat dari Cina memakai kereta yang ditarik oleh unta.